Khamis, 22 Januari 2009

saya dapat email ni daripada rakan saya. Subhanallah kuasa ALLAH.




Ramai yang tanya apa benda yang bulat2 tu? Saya pun tak pasti. Pertama
kali saya lihat gambar yang begini bila boss saya Tn Hj FBI tunjukkan
gambar yg beliau rakam pada tahun lepas. Jadi saya berazam nak
merakamkan gambar yang sama.

Pada pandangan saya (belum rujuk kepada ustaz lagi ni), mungkin lepas ni
ustaz Sapawi boleh bagi komen; Pada hari wukuf doa kita semua naik ke
langit. Waktu wuquf ialah dari zohor 9 Zulhijjah hingga subuh 10
Zulhijjah. Gambar ni saya rakamkan lebih kurang jam 11:00 malam, masih
waktu wuquf. Pada pandangan saya objek bulat berkenaan ialah perkataan2
yang kita sebutkan samada baik atau buruk yang naik ke langit menjadi
doa kita kepada Allah. Perlu diingat bahawa objek bulat ini tak dapat
dilihat menerusi naked eyes, hanya muncul dalam gambar.

Jemaah kami berkesempatan melihat tulisan di langit sebanyak 3 kali
iaitu di Arafah selepas solat zohor, di Muzdalifah pada bulan dan di
Mina semasa menunggu nak melontar jamrah. Tulisan berbentuk
LaailaHaillalLah, AlLah dan Muhammad