Isnin, 29 September 2008

Takbir Raya

الله أكبر الله أكبر الله أكبر،
لا إله إلا الله والله اكبر،
الله أكبر، ولله الحمد.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر،
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا
وسبحان الله بكرة وأصيلا،
لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين
ولو كره الكافرون.
لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده،
وأعز جنده، وهزم الأحزاب وحده،
لاإله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan Kepunyaan Allah segala pujian

Allah Maha Besar, dengan segala kebesaranNya,
Dan segala pujian yang banyak untuk Allah,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan Melainkan Allah
Dan kami tidak menyembah melainkan Allah sahaja,
dengan mengamalkan agama dengan ikhlas
walaupun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa,
Dia menepati janjiNya,
Yang menolong hambaNya,
Yang menguatkan tentera (Islam dengan bantuan malaikat)
Dan telah memusnahkan tentera musuhNya dengan sendiri
Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan Kepunyaan Allah segala pujian.

Khamis, 11 September 2008


Kerana Sehelai Bulu Mata


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. saya x pernah melakukan perkara itu..." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa " Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja. Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu" Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu" "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padah al ia amat berharap agar seg al a perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata" "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.." PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............ WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Khamis, 4 September 2008

AWAN

Cantikkan bentuk2 awan ni. saya rasa tenang saja bila tengok bentuk2 awan. sekarang ni dah jadi hobi baru pulak asyik tengok bentuk awan n rakam keindahan ciptaan Allah. macam lukisan yang menarik dan menenangkan. ini jugak merupakan satu terapi bagi kita bila susah hati pandanglah awan.






Rabu, 3 September 2008

BISKUT RAYA 2008

BISKUT RAYA 2008.

Tahun ni saya dan mak buat 13 jenis biskut . Harga terpaksa dinaikkan kerana harga barang pun dah meningkat. untuk kengkawan yang nak order bolehla mengordernya. Sedap tau rugi kalau tak makan. 100% halal.
























Selasa, 2 September 2008


Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan



Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

EMULSIFIERS

e-codes
100
110
120
140
141
153
160
161
210
213
214
216
234
252
270
280
300
301
325
326
237
334
335
336
337
422
430
431
432
433
434
435
436
440
441
470
471
472
473
474
475
476
477
478
482
483
491
492
493
494
495
542
570
572
631
635
904
920


Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

AYAT2 AL-QURAN UNTUK DIAMALKAN

AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah

Bagi anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x Untuk jadi pendinding rumah Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah

1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Langkah 1 : Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
SUBHANA'LLAH
ALHAMDULI'LLAH LAA I LAAHA ILLA'LLAH ALLAHU AKBAR ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Mudah-mudahan amalan ini akan diterima oleh ALLAH S.W.T. Amin

Aktiviti PUSPANITA KPT

pada 22-23hb 8 saya telah pergi ke Politeknik untuk menghadiri seminar cabaran wanita masa kini anjuran PUSPANITA KPT.sudah lama saya tak join ngan aktiviti PUSPANITA sejak berpindah kerja di UniMAP ni sebelum ni aktif sangat masa kerja di PPANPs. bila kenang balik rasa seronok macam2 aktiviti kami buat selalunya menyanyi koirla n buat bazar. Pertama kali masuk Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, hati berasa kagum dengan politeknik tersebut. bangga pun ada sebab ia terletak dekat dengan Arau 10km je dari rumah saya. pagi 23hb tu ada pembentangan kertas kerja. manakala waktu petang ada aktiviti. saya dan fatimah telah masuk acara lipatan sejadah dan lipatan napkin. walaupun kami berdua taka pandai tapi hati tu nak cuba juga kami pun apalagi masuk jelah. kami asyik bergelak je tegok hasil kerja kami yang tentah apa2 je. kumpulan lain punyala semangat dan cantik2 belaka. ada jugak pertandingan buat sirih junjung. kumpulan kami dapat hadiah saguhati jadilah tu. itu pengalaman tu mana tau nanti2 kami masuk lagi dan menang.



bergambar sebelum acara makan malam bersama SU KPT
















bergambar sebelum balik Wakil UniMAP. Pn. Rosmaini dari Jab. Canselori, Cik Maisarah dari Unit Agama, Cik Farah Diva dari PPK Komputer , Cik Fatimah & saya Cik Sh. Norlaila dari Perpustakaan. Seronok sangat dapat berkawan dan bermesra dengan rakan2 yang selama ini hanya berjumpa sekali sekala je.

Isnin, 1 September 2008

BINA PERIBADI WAKTU MAKAN

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:
1. Tunggu orang yang paling tua "Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan "Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu "Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."
4. Kawal suapan "Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."