Selasa, 2 September 2008

Aktiviti PUSPANITA KPT

pada 22-23hb 8 saya telah pergi ke Politeknik untuk menghadiri seminar cabaran wanita masa kini anjuran PUSPANITA KPT.sudah lama saya tak join ngan aktiviti PUSPANITA sejak berpindah kerja di UniMAP ni sebelum ni aktif sangat masa kerja di PPANPs. bila kenang balik rasa seronok macam2 aktiviti kami buat selalunya menyanyi koirla n buat bazar. Pertama kali masuk Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, hati berasa kagum dengan politeknik tersebut. bangga pun ada sebab ia terletak dekat dengan Arau 10km je dari rumah saya. pagi 23hb tu ada pembentangan kertas kerja. manakala waktu petang ada aktiviti. saya dan fatimah telah masuk acara lipatan sejadah dan lipatan napkin. walaupun kami berdua taka pandai tapi hati tu nak cuba juga kami pun apalagi masuk jelah. kami asyik bergelak je tegok hasil kerja kami yang tentah apa2 je. kumpulan lain punyala semangat dan cantik2 belaka. ada jugak pertandingan buat sirih junjung. kumpulan kami dapat hadiah saguhati jadilah tu. itu pengalaman tu mana tau nanti2 kami masuk lagi dan menang.



bergambar sebelum acara makan malam bersama SU KPT
















bergambar sebelum balik Wakil UniMAP. Pn. Rosmaini dari Jab. Canselori, Cik Maisarah dari Unit Agama, Cik Farah Diva dari PPK Komputer , Cik Fatimah & saya Cik Sh. Norlaila dari Perpustakaan. Seronok sangat dapat berkawan dan bermesra dengan rakan2 yang selama ini hanya berjumpa sekali sekala je.

Tiada ulasan: