Khamis, 31 Julai 2008

Projek tahunan

Biskut choclate spice n snow milk dah siap hanya tunggu nak pek saja, tangan mak tengah menerap acuan biskut chip drop.

ni adalah biskut Chip drop sedap tau biskut ni dah siap di pek.

biskut2 dah siap di pek kecil2 skang ni kami jual pek kecik2 ada 15 biji satu pek dalam harga RM6.00. so bolehle sapa2 yang nak beli utuk makan dulu sebelum order raya.


Cuti Israk Mikraj baru ni saya mulakan operasi tahunan bersama dengan mak, apalagi kalau bukan projek buat biskut raya. pelanggan tetap asyik call tanya mana biskut contoh tahun ni punya. apa lagi mak pun balikla dari Sungai Petani tinggalla cucu barunya tu. tumpang saya cuti bolehla dia buat biskut, kalau harap mak sorang memang dia dah tak larat nak buat. pagi2 lagi mak dah susah hati dia nak mula buat biskut apa dulu, saya macam biasala kemas rumah dulu apa yang patut lepas tu masak dulu utk makan tengahari. Mak tak habis belek bukuu resepi nya dah habis belek buku dia dok belek kat laptop pulak dok cari idea. Lepas makan tengahari dalam pukul 12 saya mulakan dulu le apa yang patut tup tap tup tap siapla satu adunan biskut penutbutter, mak buat bancuhan biskut chip drop, choclate spicy n snow milk. saya tukang canai n terap. sampai petangla kami buat. malam tu mak nak bancuh adunan tat tapi dah tak larat dah. so esoknya dia sambung buat. lepas saya balik umah lepas kerja rehat kejap n mandi mulala operasi buat biskut bubley n tat sampai malam. untuk pelanggan2 harap bersabaq nanti akan sampaila biskut2 tu kat anda semua. Tahun ni kami buat cam tahun sudah gak kami pek kecik2 dalam pek tu ada 15 biji kami jual dalam harga RM 6.00. yelakan kalau nak rasa banyak2 parahla tokey. mengikut dari pengalam tahun sudah sambutan amat menggalakan bila kami buat camni.

Rabu, 30 Julai 2008

Baby baru

comel tak saya, ni maktok sayala yang siapkan, kami nak p klinik nak check darah saya


ni masa baby baru balik dari hospital, mata dia terbuka tengok rumah. mungkinla dia kata ooo nilah rumah aku..




Nilah gambaq baby baru beberapa jam lihat dunia

Khamis, 24 Julai 2008

SEBUTIR KURMA



Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.. ? "Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?" "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. ? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.


Ini adalah kisah teladan boleh membantu kita daripda kelalaian mengambil hak orang. Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... " Semoga bermanfaat. Allahu a'lam. Wassalam..

Rabu, 23 Julai 2008

Ahli Baru

Syukur Alhamdullilah, hari ni jam 5 pagi Kak Aminah telah selamat melahirkan baby boy kat hospital Sungai Petani. terkejut gak bila dengaq bunyi telefon pagi2 ni. Abang call habaq kak Aminah masuk wad jam 3 pagi. kesian Yasmin n Muhaimin kena ikut g hospital. yela takkan Abg nak tinggal depa kat umah. Kesian gak kat Kak Aminah dia kena operate baby tu sonsang so Dr kena buat operationla..... Walid n Mak apalagi bergegasla siap p SP nak sambut cucu baru. dalam kul 5.30 pagi Walid n Mak p sana. Sekarang ni abang dah ada geng baru nak sambut birthday dlm bulan 7, abang 4-7, Yasmin 21-7, n now baby 24-7. Mak kata nak bagi nama Syed Muhamad Zaimin sempena nama Gemulah Abang Mak yangmeninggal masa baby lagi. kat dalam famili abang ni nama depa semua ada MIN. Abang Syed Benyamin Hussein, kakak, Siti Aminah ( kawan2 n famili panggil Min), Anak sulung Shriffah NurYasmin, manakala yang no. 2 Syed Abdul Muhaimin.
Dalam tahun ni keluarga kami dah dapat 2 ahli baru, walid n Mak dapat menantu lelaki n sekarang ni dapat cucu lelaki pulak. bertambahla waris keturunan Syed Alwi.
* gambar baby nanti bila p SP bolehla masukkan pic baby yg baru. tak sabaqla nak p tengok nak buah BB yang baru ni.

Khamis, 17 Julai 2008

TOK Dalam Kenangan

Kenangan Hari Raya terakhir bersama

Allahyarhammah Che Saadiah. kami telah kehilangan satu-satunya nenek dalam keluarga kami. Tok telah menghembuskan nafasnya pada 14 Januari 2008 jam 8.30 malam dalam usia 100 tahun kalau ikut perkiraan orang dulu2 tapi dalam IC 96 tahun. Tok pergi dalam keadaan tenang dihadapan anak kesayangannya iaitu Walid & makcik Melah. tapi aku tetap berpuas hati dapat berkhidmat untuk tok selama 2 tahun dan aku adalah orang yang terakhir tok berbual setelah lama keadaan tok yang bertambah uzur.
Arwah Tok seorang yang mementingkan kebersihan diri dan selalu melakukan senaman yang ringan2 mengikut kemampuannya. dimulutnya sentiasa saja berzikir dan tanganya sentiasa ada tasbih. satu lagi kegemaran tok tengok filem melayu terutamanya filem P Ramlee dia akan tahu hari apa akan ditanyangkan. makanan kegemaran Tok ais krim hinggakan disaat akhir hayat tok sempat makan ais krim n nestum pada 13 jan 08. lepastu tok pesan kat aku jangan tinggai dia sorang2. aku kata takpa kaklela tak p mana2 dok kat tok je. Tok tanya Mak n Walid, masa tu depa p SP umah abang sebab walid rindu kat cucu dah lama tak jumpa sebab walid baru balik dari Chengrai. Tengahari tu Tok n aku tidur, waktu asar aku sedar tengok tok tidur dengan nyenyak sekali, dah hampir magrib aku tengok tok masih tidur tapi kat mukanya banyak semut, aku takut sangat dahla tinggai aku je kat rumah. malam tu aku tak boleh tidur asyik tgk tok saja. esoknya aku ambik cuti. lepas subuh mak call kak mi suruh tgk keadaan tok. dia mai n dia periksa tok dia kata tok demam. tapi keaadan tok masih sama tak sedar lagi. mak call makcik suruh mai umahlepas mak cik balik dari sekolah. petangnya aku hantar makcik balik umeh dia untuk ambik baju. makcik dah tak sedap hati asyik ingat kat tok je kami terus balik umah. mak baca al-quran di tepi tok. lepas magrib walid baca talkin kat tok dan tok pergi dengan aman. esoknya jam 11 pagi jenazah tok selamat dikebumikan. ALFATIHAH

Khamis, 10 Julai 2008

CANTIK, MENARIK , TERTARIK


CANTIK, MENARIK, TERTARIK

"Ketika ALLAH menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "ALLAH memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "ALLAH memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "ALLAH memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "ALLAH memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "ALLAH memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, ALLAH memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yan g dikenakannya, susuk yan g ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." ~Kirimkan kata-kata ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~ Perkara yan g anda tak perasan atau saja tak perperasaan....... 1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti ana. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yan g anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yan g terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menya yan ginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yan g anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yan g menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Tenang


cantikan pemandangan ni, kalaula hari2 dapat duduk kat kawasan ni mesti tenang je kepala otak ni. hijau dan tenang itulah gambarannya.

pekenalan

Alhamdullilah akhirnya jadi gak nak buat blog ni. bukannya apa tgk skang ni musim semua org ada blog sendiri, teringin gak nak buat cam org lain tak la dikatakan ketinggalan zaman. creadit harus diberi kepada abang zul@sangkelu yang mengajar camna nak buat blog ni. Trima kasih abah Athirah.