Khamis, 17 Julai 2008

TOK Dalam Kenangan

Kenangan Hari Raya terakhir bersama

Allahyarhammah Che Saadiah. kami telah kehilangan satu-satunya nenek dalam keluarga kami. Tok telah menghembuskan nafasnya pada 14 Januari 2008 jam 8.30 malam dalam usia 100 tahun kalau ikut perkiraan orang dulu2 tapi dalam IC 96 tahun. Tok pergi dalam keadaan tenang dihadapan anak kesayangannya iaitu Walid & makcik Melah. tapi aku tetap berpuas hati dapat berkhidmat untuk tok selama 2 tahun dan aku adalah orang yang terakhir tok berbual setelah lama keadaan tok yang bertambah uzur.
Arwah Tok seorang yang mementingkan kebersihan diri dan selalu melakukan senaman yang ringan2 mengikut kemampuannya. dimulutnya sentiasa saja berzikir dan tanganya sentiasa ada tasbih. satu lagi kegemaran tok tengok filem melayu terutamanya filem P Ramlee dia akan tahu hari apa akan ditanyangkan. makanan kegemaran Tok ais krim hinggakan disaat akhir hayat tok sempat makan ais krim n nestum pada 13 jan 08. lepastu tok pesan kat aku jangan tinggai dia sorang2. aku kata takpa kaklela tak p mana2 dok kat tok je. Tok tanya Mak n Walid, masa tu depa p SP umah abang sebab walid rindu kat cucu dah lama tak jumpa sebab walid baru balik dari Chengrai. Tengahari tu Tok n aku tidur, waktu asar aku sedar tengok tok tidur dengan nyenyak sekali, dah hampir magrib aku tengok tok masih tidur tapi kat mukanya banyak semut, aku takut sangat dahla tinggai aku je kat rumah. malam tu aku tak boleh tidur asyik tgk tok saja. esoknya aku ambik cuti. lepas subuh mak call kak mi suruh tgk keadaan tok. dia mai n dia periksa tok dia kata tok demam. tapi keaadan tok masih sama tak sedar lagi. mak call makcik suruh mai umahlepas mak cik balik dari sekolah. petangnya aku hantar makcik balik umeh dia untuk ambik baju. makcik dah tak sedap hati asyik ingat kat tok je kami terus balik umah. mak baca al-quran di tepi tok. lepas magrib walid baca talkin kat tok dan tok pergi dengan aman. esoknya jam 11 pagi jenazah tok selamat dikebumikan. ALFATIHAH

Tiada ulasan: